Your Magic Blog: Teknologi Rohani Qalam Ilahi (TERQI)

Thursday 22 November 2012

Teknologi Rohani Qalam Ilahi (TERQI)

Salam semua pembaca budiman :)

TERQI adalah singkatan bagi Teknologi Rohani Qalam Ilahi. Kita biasa dengan tentang teknologi nano, teknologi genom, teknologi mekanikal dan saudara maranya yang merupakan kumpulan-kumpulan kecil bagi teknologi-teknologi fizikal.

Teknologi Rohani? Pasti ramai yang tertanya-tanya apatah lagi bagi yang baru mengenal dan berjinak-jinak dengan ilmu-ilmu metafizik. Mari kita kaji pelan-pelan. Di alam ini hanya ada 2 ciptaan. Pertama ciptaan Tuhan yang menzahirkan alam dengan seluruh keistimewaan dan keajaibannya seperti galaksi, planet-planet dan semua kehidupan di dalamnya. Kedua ciptaan manusia yang mana bahan-bahannya adalah diambil dari isi-isi alam. 

Persamaan bagi kedua ciptaan ini adalah, sebelum ia muncul di alam nyata, ciptaan ini muncul lebih dulu di alam spiritual. Sebelum alam ini terzahir, ia lebih dulu berada di dalam Mind of God, dalam ilmu Tuhan. Orang-orang tasauf mengenalinya sebagai 'A'yan Atsabitah. Setelah alam sempurna dengan sifatnya di dalam ilmu Tuhan, baru ia diberikan perintah KUN lalu terzahirlah alam yang indah ini. Sama seperti ciptaan manusia, seperti kereta, bangunan, pakaian, kasut, makanan, dan lain-lain. Sebut la apapun ciptaan. Semuanya lebih dulu berada di dalam minda, di dalam imajinasi manusia. Inilah yang disebut sebagai MATERIALISASI iaitu mewujudkan apa yang ada di dalam fikiran ( alam spiritual ) ke dunia nyata.

Jika kita melakukan kajian harus ada soalan 'Bagaimana?". Di Qalam Ilahi kita mengambil pendekatan saintifik. Bukan sekadar Belajar, Ikut, dan Yakin. Harus tahu prosesnya agar tidak tersesat dengan doktrin-doktrin yang tidak berlandaskan ilmu yang benar kerana apabila ilmu salah, amalan jadi salah dan  hasilnya juga akan jadi tak tentu hala hehe. Jadi berbalik kepada persoalan asal, bagaimana untuk menzahirkan apa yang ada di fikiran ke dunia nyata? Bila sudah muncul soalan ini, maka bermula lah kajian kita terhadap ilmu Teknologi Rohani.

Fikiran adalah Sebab, manakala kehidupan adalah Akibat. Fikiran adalah alam spiritual, sedang kehidupan adalah alam nyata. Apa yang ada di alam fikiran itulah yang akan keluar ke alam kehidupan kita. Sebab wujud lebih dulu baru diikuti oleh Akibat. Setiap masalah yang kita hadapi dalam kehidupan kita adalah Akibat dari sebuah Sebab yang mana wujud di alam spiritual, alam fikiran kita. Umumnya, untuk setiap masalah yang muncul kita sudah diajar dan terlatih untuk memfokus dan menyelesaikan masalah itu, yang bermaksud kita fokus untuk mengubah Akibat. Ilmu spiritual sangat berbeza. Ia mengajarkan satu alternatif yang sangat unik. Apabila kena musibah, ucaplah Innalillahi wainna ilahi roji'un. Ya, kita diarahkan untuk mengembalikan kesedaran kepada Tuhan, yang merupakan aspek spiritual yang Maha Tinggi. Tuhan sebagai sumber segala Sebab bagi Akibat yang terjadi di alam kehidupan kita. Kembali kepada Tuhan bermakna kembali ke Hati kita. Merombak dan memperbaiki keyakinan kita yang berkaitan dengan Akibat atau masalah yang muncul dalam kehidupan kita? See???

Cuma bahasa agama ni bahasa sastera tinggi. Agak sukar digapai oleh fikiran manusia umum. Agama memberikan Tujuan, sedang sains mencarikan Jalan menuju Tujuan tersebut. Mencari Jalan atau Ilmu adalah proses menuju Makrifah. So yang betulnya Makrifah adalah Mastering The Science of Spiritual.

Oraitsss... Back to the desk. Fikiran adalah Sebab, Kehidupan adalah Akibat. Ini adakah hukum alam yang harus dicari tahu kenapa dan bagaimana untuk mendapat makrifahnya agar boleh kita manipulasikan untuk keberuntungan kita. Baca dan fahami ini baik-baik...

Fikiran yang mencipta alam ini adalah Fikiran yang sama yang terzahir dalam semua manusia. Kehendak dan Kuasa yang mencipta alam ini adalah kehendak dan kuasa yang sama yang terzahir dalam diri setiap manusia. Bezanya cuma pada 'degree' atau kadar Kehendak dan Kuasa itu. Kehendak dan Kuasa yang mencipta alam adalah Mutlak, sedangkan kehendak dan kuasa yang ada pada manusia adalah terhad mengikut batas kesedaran rohaninya. Seperti air, di dalam air laut, air sungai, air paya, air kolam, air kopi, air pepsi tetap juga air yang terdiri daripada ikatan atom H2O. Bezanya cuma 'degree' atau kadar berapa banyak air murni dalam air-air tersebut.

Berbalik kepada TERQI... Pada awal kemunculan ilmu ini, saya design  level 1 dengan sistem energi iaitu pembangkitan segala macam energi terpendam di dalam diri pelajar seperti kundalini, tenaga dalam, serta energ-energi dari seluruh cakra menjadi satu paduan Energi Sempurna. Semakin mendalami kajian ilmu metafizik khasnya melalui aplikasi-aplikasi ilmu TERQI semakin saya melihat dengan jelas bahawa kekuatan manusia yang utama bukanlah energi-energi itu melainkan kesedaran Roh dan Jiwanya atau lebih mudah kita fahami dengan bahasa moden, iaitu Minda. Jika anda yang sudah biasa latihan-latihan spiritual, anda akan menyedari bahawa semua jenis energi yang anda pelajari hanyalah 'alat' untuk memfokuskan fikiran anda. Laa... Ada yang bingung, apa pula beza antara Minda dan Fikiran.? Ok...Minda adalah keadaan mental yang statik manakala fikiran adalah ketika mental itu bergerak atau in motion.

Semua jenis energi yang anda latih apapun alirannya, serta semua jenis mantra, zikir dan bacaan-bacaan hanyalah ALAT untuk memfokuskan fikiran anda. Fikiran andalah yeng menggerakkan energi ketika anda bermain energi. Oleh sebab itu kekuatan SEJATI di sini bukanlah energi tersebut melainkan aspek mental anda iaitu minda anda. Pada satu tahap kesedaran spiritual tertentu, anda tidak akan lagi perlukan energi-energi luar serta mentera-mentera atau apa saja jenis bacaan. Anda hanya perlukan sebuah konsentrasi fikiran yang penuh untuk melakukan kerja-kerja metafizik. Di sinilah anda mula menyedari Diri Sejati anda, Higher Self anda kata orang-orang reiki.

Perbezaan ilmuan metafiizk Timur adalah memasuki alam spiritual dengan beragam upacara atau ritual-ritual suci kerana ilmuan Timur sangat menghormati dan mengkeramatkan alam spiritual. Manakala ilmuan metafizik Barat pula langsung terjah saja, antam sembarang kata orang sabah. Mereka memasuki alam spiritual tanpa banyak rambu-rambu tanpa banyak adat. Pendekatan ilmuan Timur adalah menyeluruh dan mengambil masa yang agak panjang namun mematangkan kesedaran rohani. Pendekatan ilmuan Barat pula cepat kerana terus ke sumber kekuatan utama manusia tanpa banyak ritual-ritual yg melelahkan namun peningkatan kesedaran rohani boleh jadi kurang menyeluruh. Setiap pendekatan yang diambil dua kelompok ini masing-masing ada kelemahan dan kekurangan.

Atas pertimbangan tersebut, saya mengubah design  ilmu Terqi. Pada level 1 kali ini saya tidak lagi memberikan attunement/penyelarasan pembangkitan energi melainkan terus mengolah kekuatan minda atau mindpower tanpa perlu medium energi-energi. Ilmu TERQI memfokus dan memanfaatkan fungsi 4 cakra utama iaitu cakra jantung, cakra pusat, cakra seks dan cakra dasar.

Cakra Jantung adalah pusat aktiviti bagi Tubuh Intuisi, di mana ilham dari alam ketuhanan mula-mula memasuki kesedaran manusia seperti mana digambarkan dalam Quran :

Fa alhamaha fujuraha wa taqwaha.
" Maka, Dia mengilhamkan ( kepada jiwa )  jalan keburukan dan jalan kebaikan" - (al-syams [91]: 8)

Di frekuensi inilah bermulanya ciptaan, 'the spark of creation' yang berupa ilham-ilham halus dan murni. dari sini ilham tersebut di hantar ke cakra pusat yang merupakan center kawalan bagi aktiviti fikiran (imajinasi). Jika di sini bekalan energy cukup, maka ciptaan tadi frekuensinya semakin padat dan akan dibawa pula ke cakra seks yang merupakan pusat kawalan emosi. Jika di sini bekalan energi mencukupi bagi memadatkan lagi frekeuensi ciptaan tadi, maka ciptaan ini sudah bersedia untuk muncul di alam nyata yang separa dengan frekuensi cakra dasar iaitu alam kebendaan. Rumus bagi proses ini tersembunyi pada N.I.A.T. Inilah design baru bagi TERQI level 1. TERQI melatih anda menjadi The Master of Materialisation.

(Updated: Class closed)

Sekian dulu perkongsian pada artikel ini.

Salam kasih dan sayang terindah dari lubuk hati yang terdalam. Semoga anda semua berbahagia dalam naungan kasih ilahi :)



No comments:

Post a Comment

BAHAGIA DAN BERLIMPAH

BAHAGIA DAN BERLIMPAH Kondisi hidup mengikuti kondisi hati. Di sini, hati mewakili emosi dan perasaan. Perasaan itu sifatnya magnetik. Ia ...